Top Ad unit 728 × 90

Review

TOP 5 SERUM TERBAIK YANG MAMPU MENGHILANGKAN JERAGAT SERTA MASALAH KULIT ANDA!


Pemakaian serum sememangnya sangat bagus untuk kulit muka anda — ia perlu dipakai selepas membersihkan muka dengan toner, dan diakhiri dengan moisturiser. Serum baik untuk menghilangkan jeragat, membuang sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit serta menjadikan kulit muka lebih halus, lembut dan banyak lagi. 

Terdapat pelbagai pilihan serum yang anda boleh pilih di farmasi mahupun pembelian secara online. Disini kami ingin kongsikan 5 serum muka terbaik yang anda boleh gunakan sebagai pelengkap kepada rutin harian anda.  


1) GARNIER Sakura White Ultimate Serum 
Alami kulit yang lembut dan licin dengan serum yang diekstrak dari bunga sakura ini. Ia membantu dalam mencerahkan parut di wajah dan bertindak 3 kali ganda untuk mencerahkan wajah anda. Bukan sahaja itu, serum ini juga dapat memudarkan garis halus di wajah dan memastikan kulit lebih tegang supaya tampak sentiasa muda.  




2) Annona Serum Vitamin C 
Vitamin serum C by Annona menjadi penyelesaian masalah kulit anda.Serum ini adalah 'water based' formula & ia mampu memberikan keselesaan pada pengguna.Ia pantas meresap ke dalam kulit & tidak melekit. Hanya titis & sapu pada kawasan kulit yang bermasalah. Annona Serum Vitamin C ini mengandungi 10x kekuatan Vitamin C yang memberikan kesan yang lebih pantas berbanding biasa.Yang paling penting,Serum Annona ini telah mendapat kelulusan serta dijamin selamat untuk dipakai. 


3) NANO White Dark Spot Corrective Serum 
Serum ini mengandungi Vitamin C, Tea Tree Oil dan alga laut yang dapat memperbaiki masalah parut jerawat, pigmentasi dan mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat akan datang. Ia juga dapat menghalang penghasilan minyak berlebihan terutamanya pada anda yang mempunyai masalah kulit berminyak. 


4) BIO-ESSENCE Bio Energy Snail Secretion Repair Serum 
Serum Bio-Essence Snail ini mempunyai nutrisi yang tinggi dan mengandungi kolagen yang dapat membantu melindungi kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. 


5) KLAIRS Freshly Juiced Vitamin Drop 
Terbaik dari Korea, serum jenama Klairs ini dengan menggunakan teknologi penstabilan hybrid dapat melindungi kulit anda dari pancaran sinar UV serta radikal bebas. Ianya dapat memperbaiki keadaan dan tona kulit kembali menjadi sekata, sesuai untuk anda yang berkulit sensitif.    
TOP 5 SERUM TERBAIK YANG MAMPU MENGHILANGKAN JERAGAT SERTA MASALAH KULIT ANDA! Reviewed by Sarah on March 23, 2019 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kesihatan © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.