5 cara hilangkan jeragat dengan berkesan! Mesti cuba!
Cuci muka dengan kerap
Cara hilangkan jeragat yang pertama ialah anda perlu lebih menitik-beratkan pasal kebersihan. Basuhlah muka anda dua kali sehari dengan pencuci muka. Ini adalah disebabkan jeragat terbentuk daripada lebihan minyak, bakteria dan sel-sel kulit yang mati; dan pencuci muka dapat menghapuskan pembentukan bahan-bahan tersebtu di bahagian muka.
Produk kecantikan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya
Point yang ni sangatlah penting. Elakkan sama sekali produk kecantikan yang ada bahan kimia merbahaya & bahan pengawet merbahaya. Kalau diperhatikan, pasaran Malaysia dibanjiri produk kecantikan baru yang belum tentu selamat untuk kulit muka.
Oatmeal
Oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja. Ia juga bekerja sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang. Caranya, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat. Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan kemudian letakkan pes ini pada muka anda. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya.
Sebagai alternatif, letakkan serbuk pes oatmeal serbuk ini yang dicampur dengan air. Biarkan selama 10 minit dan kemudian gosok pada muka. Cuba antara dua cara ini, sekali atau dua kali seminggu secara rutin.
Sinaran matahari
Kalau kita terlalu kerap terdedah kepada sinaran matahari yang terik, jeragat akan semakin subur dimuka. Bukanlah kami kata tak boleh keluar rumah langsung. Boleh. Tapi pastikan pakai pelindung uv tiap kali keluar rumah. Jangan lupa pakai pelembab dan sunscreen.
Gunakan serum Vitamin C!
Vitamin C sememangya terbukti mempunyai banyak kelebihan terutama pada kulit wajah. Vitamin C kebanyakkannya boleh didapati pada buah-buahan dan juga sayuran. Namun tidak semua orang yang meminati buah dan sayur-sayuran jadi salah satu alternatif lain yang berkesan adalah dengan mengamalkan serum Vitamin C.
5 cara hilangkan jeragat dengan berkesan! Mesti cuba!
Reviewed by Sarah
on
April 06, 2019
Rating:
No comments: