5 produk yang boleh menghilangkan jeragat dan juga menutup cela di wajah!
Benzac AC 5
Krim yang mengandungi Benzoil Peroksida untuk jeragat. Krim ini diperkaya dengan minyak Rose Hip dan Vitamin E, berkhasiat dalam membantu untuk melindungi dan menyuburkan kulit anda daripada parut jerawat, jeragat, kulit kering, rosak dan juga kusam. Ianya krim yang menyerap jauh ke dalam lapisan kulit dan membantu memperbaharui kulit rosak.
Himalaya Nourishing Skin Cream
Krim dari jenama Himalaya ini sangat ringan dan tidak melekit untuk penggunaan harian anda. Diperkaya dengan bahan seperti ekstrak lidah buaya, ceri dan pokok Kino dari India iaitu berkesan dalam melindungi kulit yang dapat bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-kulat. Selain itu, ia juga krim yang turut memastikan agar kulit anda dilindungi dan bebas daripada kesan cela akibat dari parut jerawat dan juga masalah jeragat.
EUCERIN Soothing Cream
Eucerin dicipta untuk menenangkan kulit yang tegang, kering, gatal dan berjerawat. Ianya sesuai untuk kegunaan pada kulit wajah dan badan. Kandungan minyak Omega dan Licochalcone A di dalam krim ini dan diuji secara klinikal, ianya dapat membantu untuk memulihkan masalah kulit yang dihadapi.
NIVEA Face Care White Repair Cream SPF15
Nivea memperkenalkan krim siang yang dapat bertindak 10 kali ganda berkesan untuk memperbaiki kulit kusam, rosak, jeragat dan liang pori terbuka. Ianya diperkaya dengan pemutihan mutiara untuk memastikan wajah anda tampil lebih berseri.
Annona Vitamin C serum
Serum vitamin C dari Annona ini diperbuat daripada bahan-bahan yang terbukti bagus seperti Glutathione, Hyaluronic Acid, Ekstrak Akar Pokok Peony dan Ekstrak Buah Delima yang mampu merawat masalah jeragat anda dan juga mampu menanggalkan sel-sel kulit mati menjadikan kulit anda bersih dan cerah sentiasa.
5 produk yang boleh menghilangkan jeragat dan juga menutup cela di wajah!
Reviewed by Sarah
on
April 06, 2019
Rating:
No comments: