Top Ad unit 728 × 90

Review

Cara-cara untuk mencegah jeragat yang anda wajib tahu!


Jeragat merupakan perkara sinonim yang berlaku terhadap wanita. Namun adakah anda tahu bahawa jeragat boleh dicegah? Berikut adalah tips bagaimana anda boleh mencegah jeragat dengan mudah!


BASUH RAMBUT SELALU Jika anda mempunyai rambut yang berminyak, ia boleh menyebabkan lebih banyak minyak terbentuk di bahagian permukaan kulit yang akan meninggikan peluang anda mempunyai liang yang tersumbat. Selain daripada membasuh muka dua kali sehari, anda juga perlu pastikan anda membasuh rambut anda setiap dua tiga hari sekali, bagi menghalang pembentukan minyak berlebihan daripada terjadi di bahagian muka.




KOSMETIK BEBAS MINYAK Gunakan bahan solek dan losyen yang bebas daripada minyak. Produk-produk kecantikan yang berminyak adalah punca utama liang menjadi tersumbat. Selain daripada itu, anda juga perlu memastikan alat-alat solek anda seperti berus dan span dibasuh dengan lebih kerap, kerana ianya boleh mengundang bakteria untuk hidup padanya.





AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG Pemakanan yang sihat dan seimbang boleh mencegah jeragat degil. Umum mengetahui minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu pengambilan makanan yang berminyak perlu dikurangkan. Amalan meminum air kosong 3L sehari akan meningkatkan kesihatan kulit dan amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan nutrisi yang cukup.
Cara-cara untuk mencegah jeragat yang anda wajib tahu! Reviewed by Sarah on April 06, 2019 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kesihatan © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.